Weekend ni terlebih rajin... Sempat buat macam2 juadah... Seronok rasanya bila dapat buat sesuatu yang kita minat dan dapat hasil yang baik pulak tu.. :)
Entry kali ni, EASY~CHEESY~MINI BAKED CHEESECAKE yang memang mudah sangat nak buat sambil layan novel COVER OF NIGHT oleh LINDA HOWARD... another favourite author.
LINDA HOWARD ni agak funny dan bersahaja.. seronok layan... walaupun novelnya berunsur
breathless action, suspense & romance..tapi selalu ada unsur2 komidi diterapkan dalam novel2 hasil karyanya...
Okey..ini pulak menu sampingan hari ni... EASY~CHEESY~MINI BAKED CHEESECAKE... sangat mudah dan dijamin sedap.. :)
ECMBC yang baru keluar dari oven.
Simple je hiasan tapi tetap tergoda memandangnya... :)
Tak rugi membuatnya..memang berbaloi... :)
Hari ni, jamu selera dengan ECMBC sambil layan baca novel LINDA HOWARD ...
COVER OF NIGHT
the blurb
EASY~CHEESY~MINI BAKED CHEESECAKE
Bahan-bahan yang diperlukan :
Base
150 grams biskut Jacob's Weetameal
100 grams mentega
1 sb gula perang
Filling
250 grams cream cheese (suhu bilik)
1/3 cawan gula kaster
1 biji telur gred A
5 sb krim pekat
1 sb jus lemon
Cara membuatnya :
* Masukkan cawan kertas ke dalam acuan muffin.
(memudahkan cheesecake dikeluarkan nanti)
* Hancurkan biskut menjadi serbuk.
(masukkan dalam blender atau food processor)
* Cairkan mentega dalam saucepan dan masukkan gula perang.
* Masukkan serbuk biskut dan kacau hingga sebati.
* Masukkan adunan serbuk biskut tadi anggaran satu sudu besar ke dalam cawan kertas
dan tekan-tekan sehingga padat menggunakan hujung sudu.
dan tekan-tekan sehingga padat menggunakan hujung sudu.
* Biarkan sebentar base sementara menyediakan filling.
* Pukul cream cheese dan gula kaster sehingga kembang dan
berkrim menggunakan mixer.
berkrim menggunakan mixer.
* Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
* Masukkan krim pekat dan jus lemon dan pukul sehingga
adunan sebati.
adunan sebati.
(sebentar sahaja)
* Masukkan adunan ke atas base jangan terlalu penuh.
* Bakar dalam oven 180C lebih kurang 20 minit.
* Keluarkan dari oven dan biarkan cheese cake sejuk dalam acuan muffin selama 1/2 jam.
* Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam fridge.
Selamat mencuba... :)












No comments:
Post a Comment