Tuesday, April 24, 2012

FELT CRAFT....


Entry kali ni... tak ada resipi...tapi nak cerita pasal FELT CRAFT... 

Awal-awal dulu..tak tau pun apa felt cloth..tapi bila tengok dah macam2 produk yang dihasilkan dari felt cloth ni..rasa semangat pulak nak mencuba... 
So... 
Ini la hasilnya...


Di sebabkan suka masak memasak ni..maka ini la rupa bentuk yang dapat dihasilkan dengan felt cloth ni...
Comei kan... :)


cupcakes....


cupcakes & donuts


cupcakes..swiss rolls & tart...


comeikan strawberi tu... :)


Nampak macam sedap je kan...

Ok..ini dulu buat permulaan...nanti tambah lagi koleksi baru... :)

Jumpa lagi...



NUTELLA CUPCAKES...& PLAY DIRTY BY SANDRA BROWN...

Lama sungguh tak menjenguk blog ni...bahan memang ada..cuma masa je yang tidak mengizinkan... Sibuk dengan urusan anak2 dan juga urusan kerja...

Hari ni..dapat la meluangkan sedikit masa untuk post entry baru...

CUPCAKES


...sama seperti kek biasa, cuma bersaiz mini..memudahkan untuk dibawa ke mana2 dan kanak2 juga mudah nak memakannya... 

Cupcake juga istilah untuk panggilan manja orang yang tersayang... :)

Cupcake.....
is a person who....
....from outward appearance you would assume they are tough...
but...
on the inside...
they are soft...
....can be very sweet...
....is the perfect size..just the right amount of everything...
...is also cute..yet delicious...
....people are always in the mood to hang out with them...
....just like people are always in the mood to have cupcakes...




Ni cupcakes yang baru keluar dari oven...


Cupcakes yang sudah diletakkan chocolate glaze kat atas nya...


Tengok tu...ada nutella chocolate kat sebelah dalamnya...Yummmy...


Makan Nutella cupcakes sambil baca novel PLAY DIRTY oleh SANDRA BROWN... Ni salah seorang favourite author .. :)

Minat sangat dengan cara SB mengarang...romantic suspense romance...ada unsur2 komidi..
suspense...funny...etc.. :)

PLAY DIRTY


 the blurb



NUTELLA CUPCAKES

Bahan-bahan yang diperlukan :

140 grams mentega (dibiarkan pada suhu bilik)
3/4 cawan gula kaster
200 grams tepung
2 st baking powder
3 biji telur saiz A (suhu bilik)
1/2 st esen vanilla
1/4 st garam halus ( tak letak pun tak apa)
Nutella (anggaran 12 st untuk 12 biji menggunakan acuan muffin )

Cara membuatnya :

*Tepung di campurkan dengan baking powder dan garam.
(ayak campuran tepung tadi)
*Pukul mentega dan gula kaster sehingga kembang menggunakan cake mixer.
*Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga sebati.
*Masukkan esen vanilla.
*Kemudian masukkan campuran tepung tadi dan digaulbalikkan menggunakan spatula kek.
*Masukkan adunan ke dalam piping bag untuk memudahkan dimasukkan ke dalam acuan muffin.
*Paipkan anggaran 3/4 penuh  acuan muffin tadi.
*Masukkan satu sudu nutella kedalam acuan muffin tadi dan dikacau perlahan2 dalam bentuk pusingan (swirl) menggunakan lidi.
(pastikan nutella tenggelam sedikit ke dalam adunan)
*Bakar lebih kurang 20 minit dalam oven 180C.

Ok...selamat mencuba.. :)



Thursday, April 12, 2012

FLUFFY CAKE DONUTS... & ANGELS FALL BY NORA ROBERTS...

Makan apa hari ni? DONUT... :)



Cakap pasal donut ni..rasanya semua orang dah tahu kan. Sejenis doh yang biasanya di deep-fried tapi ada gak yang dibakar dalam oven.
Ada macam2 bentuk..tapi selalunya berbentuk ring(cincin) atau flattened spheres (bulat leper) yang selalunya ada filling kat dalam nya..biasanya jem buah2an. krim, kastad. kaya dan pelbagai jenis lagi bergantung pada citarasa masing2.
Ada gak yang dicampur kentang, keledek, labu dan macam2 lagi untuk mencipta kelainan.
Resipi hari ni yang versi dibakar dalam oven...Ala2 kek gitu...



Ni rupa donut yang baru keluar dari oven..warna dia memang agak2 putih gitu... tak macam kek akan bertukar jadi warna coklat.


ini pulak donut yang telah diletakkan glaze diatasnya .


so...sambil makan donut sambil baca novel ANGELS FALL untuk kali yang ke berapa dah tak ingat dah... Rasanya first time baca dulu, 4 jam nonstop boleh  habis baca satu novel... :)


Novel ni...ANGELS FALL by NR lagi... best baca novel ni sebab ada cerita berkaitan makanan, relationships, love, romance, suspense...semua digabungkan... Romantik suspense gitu...
Ok..layan je la... :)

ANGELS FALL


the blurb...

FLUFFY CAKE DONUTS

Bahan-bahan yang diperlukan:

2 cawan tepung
2 st baking powder
3/4 cawan gula kaster 
(glaze tu agak manis, so boleh kurangkan sikit)
1/2 st serbuk kayu manis
1 st garam halus
3/4 cawan susu UHT
2 biji telur (dipukul sedikit)
1 st esen vanilla
1 sb shortening 

Cara membuatnya

*dalam mangkuk adunan, campurkan tepung, gula, baking powder, garam dan serbuk kayu manis.
*kemudian, masukkan susu, telur, shortening dan esen vanilla.
*kacau adunan sehingga jadi sebati.
(jangan terlebih kacau..nanti jadi padat)
*isikan adunan ke dalam piping beg dan picit ke dalam acuan donut 3/4 penuh.
*masukkan dalam oven 180C dan bakar selama 10-15 minit.
(bergantung kepada besar acuan donut)
*sejukkan sebentar sebelum dialihkan dari acuan.

Untuk membuat glaze:

GLAZE

1 cawan gula icing
2 sb air panas (ikut kepekatan yang diinginkan)
1/2 st esen badam

Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati. Celupkan donut ke dalam glaze sebelum dihidangkan.

Untuk membuat ganache :

GANACHE

200 gram milk chocolate
200 gram  fresh cream

Panaskan fresh cream sampai mendidih.Tutup api. Masukkan milk chocolate dan kacau sehingga chocolate cair kesemuanya.
Celupkan donut dalam ganache dan boleh dihias dengan taburan gula warna warni atau hundred thousand.

Selamat mencuba... :)

**pictures by Ain Nabilah Jafri.






Tuesday, April 10, 2012

CHOCOLATE FUDGEY BROWNIES...& BLACK HILLS BY NORA ROBERTS...

   Menulis blog, memasak & membaca ....Menghabiskan masa-masa terluang dengan melakukan salah satu dari hobi kat atas tu...memang amat menyeronokkan... :)
so...
Entry yang pertama ni nak citer pasal BROWNIES yang sangat mudah tapi tetap sedap sambil baca novel Nora Roberts BLACK HILLS....




Apa itu BROWNIES...? 
Ramai yang tau sebut je..tapi ada gak yang tak tau apa itu brownies. 
Ok..chocolate brownies ni sebenarnya adalah gabungan antara kek dan cookies...
  Ada macam2 jenis..ada yang fudgy ( macam candy) dan ada yang cakey (lembut seakan2 kek) bergantung kepada bahan2 yang digunakan..
Dan biasanya  dicampur dengan kekacang, chocolate chips..kekadang diletakkan frosting atau whipped cream. Brownies ni selalu kita jumpa dalam bentuk segiempat atau pun bentuk bar.
Ada sejenis lagi brownies yang dibuat daripada gula perang dan tanpa coklat.. Ini dipanggil BLONDIE.
Ok..itu je la cerita pasal brownies ni...



Ini rupa brownies yang baru je keluar dari oven...baunya...amat menggoda jiwa... :)
Yang ni versi fudgy..so..agak padat sikit la texture nya...


brownies yang sudah dipotong persegi...


Baca novel NR sambil makan brownies bersama secawan nescafe...


NR ni memang favourite...Rasanya dah memiliki hampir kesemua novelnya.


makan  sambil membaca... seronoknya... :)


BLACK HILLS


the blurb...






CHOCOLATE FUDGEY BROWNIES


Bahan-bahan yang diperlukan:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 cawan mentega (230 gram)
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula
( boleh kurangkan suku cawan kalau chocolate chips manis)
4 biji telur
1 st vanilla
1 cawan walnut cincang
1 cawan chocolate chips

Cara membuatnya:
* campurkan tepung gandum dan baking powder.
* cairkan mentega dalam saucepan .
*tutup api dan masukkan serbuk koko ke dalam saucepan, kacau sebati.
*masukkan gula dan kacau lagi.
* diikuti telur sebiji demi sebiji dan vanilla.
*akhir sekali, masukkan campuran tepung gandum dan baking powder.
*kacau sehingga sebati (jangan terlebih kacau)
*masukkan adunan ke dalam loyang berukuran 13" x 9" x 2".
*taburkan chocolate chips dan walnut cincang (tekan-tekan sedikit)
*bakar dalam oven 180 C selama 30 minit atau sehingga adunan tidak melekat di cake tester.

selamat mencuba... :)


**pictures by Ain Nabilah Jafri



Monday, April 9, 2012

FOOD & BOOK...

   
 The 2 biggest sellers in bookstores are the cookbooks and the dietbooks.
The cookbooks tell you how to prepare the food...
and the dietbooks tell you how NOT to eat any of it.


butter cookies.... :)