Monday, May 14, 2012

PUFF PASTRY EGG TARTS...& SMOKE SCREEN BY SANDRA BROWN...


First and foremost..nak ucap SELAMAT HARI IBU buat semua yang bergelar ibu... 
Tentu masing2 seronok menyambut hari ibu bersama ibu dan anak2 masing2 kan... :)

Tidak lupa juga ucapan SELAMAT HARI IBU buat mak tersayang, HAJJAH RAMLAH...
semoga mak senantiasa dibawah perlindungan ALLAH swt setiap detik dan waktu...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kurniakan balasan yg sebaik2nya atas didikan mak padaku...
Peliharakan mak sebagaimana mak memeliharaku sejak kecil...
Ampunilah segala dosa2 mak & kasihanilah dirinya sebagaimana dia mengasihani diriku...
Panjangkanlah usianya..murahkan rezekinya...
& berikanlah keberkatan dunia & akhirat dlm hidup kami sekeluarga...
Amin..Ya Robbal 'Alamin..



Entry kali ni ... PUFF PASTRY EGG TARTS...senang je nak membuatnya.. Yang penting mesti ada
 frozen puff pastry... ada telur dan susu... :)



Macam ni la rupa PUFF PASTRY EGG TARTS.. Bentuknya bergantung dengan cara kita 
masukkan puff pastry dalam acuan muffin tu...



Ni PUFF PASTRY EGG TARTS yang baru je keluar dari oven...
 masih panas lagi....



Bentuk nya jadi macam ni sebab masa masukkan puff pastry dalam acuan muffin 
 tu tak ditekan2 sangat...



Makan PUFF PASTRY EGG TARTS sambil layan novel SANDRA BROWN yang
 bertajuk SMOKE SCREEN...

SMOKE SCREEN


the blurb




PUFF PASTRY EGG TARTS

Bahan-bahan yang diperlukan :

 1 peket frozen puff pastry 
(biarkan pada suhu bilik)
2 biji telur gred A
1/4  cawan gula kaster
(kalau suka manis boleh lebihkan sedikit)
70 ml krim pekat
130 ml  susu segar
1 st esen vanilla

Cara membuatnya :

Base 

* Sapukan sedikit mentega dalam acuan muffin.
* Trim puff pastry menjadi bentuk bulat.
(boleh juga gunakan bentuk asal empatsegi)
* Masukkan puff pastry ke dalam acuan muffin dan tekan2 sedikit.


Filling

* Susu segar dicampur dengan krim pekat.
* Masukkan gula dan pukul sebati.
* Kemudian campurkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga sebati.
* Masukkan esen vanilla.
* Tapis adunan filling dan tuang ke dalam base puff pastry 3/4 penuh.
* Bakar dalam oven 160 C selama 15 minit.
*  Kemudian naikkan suhu 175 C dan bakar lagi selama 15 minit.
* Angkat dan sejukkan.

Selamat mencuba... :)




Sunday, May 6, 2012

EASY~CHEESY~MINI BAKED CHEESECAKE...& COVER OF NIGHT BY LINDA HOWARD...


Weekend ni terlebih rajin... Sempat buat macam2 juadah... Seronok rasanya bila dapat buat sesuatu yang kita minat dan dapat hasil yang baik pulak tu.. :)

Entry kali ni, EASY~CHEESY~MINI BAKED CHEESECAKE yang memang mudah sangat nak buat sambil layan novel COVER OF NIGHT oleh LINDA HOWARD...  another favourite author.

LINDA HOWARD ni agak funny dan bersahaja.. seronok layan... walaupun novelnya  berunsur 
breathless action, suspense & romance..tapi selalu ada unsur2 komidi diterapkan dalam novel2 hasil karyanya... 


Okey..ini pulak menu sampingan hari ni... EASY~CHEESY~MINI BAKED CHEESECAKE... sangat mudah dan dijamin sedap.. :)



ECMBC yang baru keluar dari oven.



Simple je hiasan tapi tetap tergoda memandangnya... :)



Tak rugi membuatnya..memang berbaloi... :)



Hari ni, jamu selera dengan ECMBC sambil layan baca novel LINDA HOWARD ...

COVER OF NIGHT



the blurb




EASY~CHEESY~MINI BAKED CHEESECAKE


Bahan-bahan yang diperlukan :

Base

150 grams biskut Jacob's Weetameal
100 grams mentega
1 sb gula perang

Filling

250 grams cream cheese (suhu bilik)
1/3 cawan gula kaster
1 biji telur gred A
5 sb krim pekat
1 sb jus lemon

Cara membuatnya :

* Masukkan cawan kertas ke dalam acuan muffin.
(memudahkan cheesecake dikeluarkan nanti)
* Hancurkan biskut menjadi serbuk.
(masukkan dalam blender atau food processor)
* Cairkan mentega dalam saucepan dan masukkan gula perang.
* Masukkan serbuk biskut dan kacau hingga sebati.
* Masukkan adunan serbuk biskut tadi anggaran satu sudu besar ke dalam cawan kertas
dan tekan-tekan sehingga padat menggunakan hujung sudu.
* Biarkan sebentar base sementara menyediakan filling.

* Pukul cream cheese dan gula kaster sehingga kembang dan
 berkrim menggunakan mixer.
* Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
* Masukkan krim pekat dan jus lemon dan pukul sehingga
adunan sebati.
(sebentar sahaja)
* Masukkan adunan ke atas base jangan terlalu penuh.
* Bakar dalam oven 180C lebih kurang 20 minit.
* Keluarkan dari oven dan biarkan cheese cake sejuk dalam acuan muffin selama 1/2 jam.
* Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam fridge.

Selamat mencuba... :)



Saturday, May 5, 2012

PUFF SARDINE...& KILLER DREAMS BY IRIS JOHANSEN...


Sebenarnya resipi hari ni sangat mudah dan rasanya semua orang boleh buat... PUFF SARDINE yang menggunakan frozen pastry dan sardine dalam tin tu je... Senang je kan... :)

Dan novel hari ni... KILLER DREAMS oleh IRIS JOHANSEN... another favourite author...
IRIS ni suka buat cerita yang agak serious sikit... knock out suspense thriller... tapi action nya memang real..sampai kita akan terasa macam kita yang berada dalam situasi tersebut...

Tapi puas hati baca novel dia ni.... :)


Macam ni la rupanya PUFF SARDINE tu... tapi puff pastry ni agak berminyak..so tak berapa elok untuk mereka2 yang tengah berdiet.... :)



Ni puff yang baru je keluar dari oven...panas2 lagi...



Filling sardine ala2 dalam kuih karipap tu...



Makan PUFF SARDINE sambil layan KILLER DREAMS.

KILLER DREAMS


the blurb





PUFF SARDINE

Bahan-bahan yang diperlukan :

1 peket frozen puff pastry
(biarkan pada suhu bilik)
1 tin kecil sardine
2 biji bawang merah
(boleh ganti dengan sebiji bawang besar)
1 ulas bawang putih
1 biji kentang
(didadu kiub kecil)
1/2 sb cili mesin
(boleh lebihkan kalau suka pedas)
1 biji limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa
sedikit mayonnaise

Coating

1 biji kuning telur
1 sb susu segar / air
(dikacau sebati)

Cara membuatnya :

* Sardine dibuang tulang dan dilecek halus.
* Bawang merah dan putih ditumbuk halus.
* Kiub kentang digoreng separuh masak.
* Tumis bawang yang ditumbuk tadi hingga perang,
* Masukkan cili mesin dan tumis hingga garing sedikit.
* Masukkan sos sardin dan sardin lecek tadi.
* Perah air limau kasturi ke dalamnya.
* Goreng sebentar dan masukkan kiub kentang separuh masak.
* Goreng lagi hingga kentang masak.
* Perisakan dengan garam dan gula.
* Angkat dan sejukkan
** Boleh letak daun sup kalau suka

* Isikan inti sardin dalam puff pastry.
* Paipkan sedikit mayonnaise
* Bentuk ikut selera masing-masing.
* Sapukan coating di atas puff yang sudah siap.
* Bakar dalam oven 175C selama 20-25 min.

** Sedap dimakan panas-panas.


Selamat mencuba... :)



PEANUT BUTTER CHOC CHIPS BREAD PUDDING...& CAROLINA MOON BY NORA ROBERTS...


PEANUT BUTTER CHOC CHIPS BREAD PUDDING  dan novel CAROLINA MOON dari author yang tidak asing lagi... NORA ROBERTS.... :)

Macam biasa la..menghabiskan stok roti yang nak expired kalau tidak dihabiskan...




PBCCBP sedia untuk dimakan...



Ni yang baru je keluar dari oven...panas2 lagi...



Minum petang sambil makan PBCCBP.



Macam selalu, melayan novel NORA ROBERTS bertajuk CAROLINA MOON.

CAROLINA MOON


the blurb



PEANUT BUTTER CHOC CHIPS BREAD PUDDING

Bahan-bahan yang diperlukan :

10-12 keping roti sandwich
(buang crusts nya)
70 grams gula kaster
60 grams gula perang
4 biji telur gred A
1 cawan susu segar
(nak gantikan santan pun boleh)
1/4 st garam halus
1 st esen vanilla
1 cawan chocolate chips
sedikit peanut butter dan mentega untuk disapu pada roti.

Cara Membuatnya :

* Dengan menggunakan rolling pin, gelek 4-6 keping roti sehingga leper dan padat.
* Sapukan dengan peanut butter disebelah permukaan roti dan sebelah lagi dengan mentega.
* Aturkan dalam dulang pembakar dengan menutup setiap permukaan dulang  dan pastikan permukaan yang disapu peanut butter disebelah atas.
* Bakar 10-15 min sehingga garing.
* Potong lebihan roti menjadi kiub kecil.
* Dalam mangkuk pengadun, campurkan gula kaster, gula perang dan telur, semua dipukul sebati.
* Campurkan garam, esen vanilla dan susu segar, pukul hingga sebati.
* Keluarkan dulang roti yang dibakar tadi dan taburkan kiub roti  dan separuh choc chips.
* Campurkan adunan telur dan susu ke dalam dulang roti tadi dan pastikan semua kiub menyerap adunan telur dan susu tersebut.
* Taburkan lebihan choc chips atas adunan roti tadi.
* Bakar dalam oven 175C selama 40-50 min bergantung pada saiz dulang pembakar.
* Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.

Selamat mencuba... :)



Friday, May 4, 2012

HEARTY BANANA CHOCOLATE CHIPS BREAD...& SLOW BURN BY JULIE GARWOOD...



Novel hari ni bertajuk SLOW BURN oleh JULIE GARWOOD.. another favourite author. Dan resipi hari ini HEARTY BANANA CHOCOLATE CHIPS BREAD...menghabiskan pisang yang naik lembik dan tak ada siapa nak pandang... :)



HEARTY BANANA CHOCOLATE CHIPS BREAD yang telah di glaze dangan campuran peanut butter dan chocolate.



Ni yang baru je keluar dari oven.



Comei je kan... :)



Jom kita makan... :D


Makan HBCCB sambil baca novel JULIE GARWOOD...

SLOW BURN




the blurb





HEARTY BANANA CHOCOLATE CHIPS BREAD

Bahan-bahan yang diperlukan :

 2 cawan tepung gandum
 1 st baking powder
120 grams mentega (suhu bilik)
3/4 cawan gula kaster
1 cawan pisang yang sudah dilecek halus
1/2 cawan krim masam
(boleh gantikan dengan plain yogurt atau skim milk)
2 biji telur gred A
1/2 st garam
1 cawan chocolate chips (optional)

Cara membuatnya :

* Ayak tepung bersama baking powder.
* Pukul telur dan gula sampai kembang.
* Masukkan krim masam, telur dan pisang lecek, gaul sebati.
* Masukkan garam dan tepung sedikit demi sedikit.
* Gaul sebati.
* Akhir sekali, campurkan choc chips.
* Bakar dalam oven 180C 25-30 min dalam acuan mini bentuk LOVE atau mini bundt. 
* Sejukkan lebih kurang 15-20 dalam acuan sebelum dikeluarkan untuk mengelakkan 
kek melekat pada acuan.
* Hiaskan ikut selera masing-masing.

Selamat mencuba... :)